‘Mata orang berpengalaman ni jangan dibuat main, ada sebab kena dia tambah pegangan di 5 syarikat Jepun ni.’
Warren Buffett menerusi syarikatnya, Berkshire Hathaway Inc menambah sekurang-kurangnya 1% dalam pegangan asal di 5 buah firma perdagangan berbeza di Jepun.
Menurut pemfailan, Berkshire kini memiliki lebih 6% pegangan pada setiap 5 firma pelaburan di Jepun itu dan secara tidak langsung mendorong saham-saham tersebut melonjak pada sesi dagangan hari ini.
Meneliti rincian pelaburan tersebut, pegangan Berkshire dalam Mitsubishi Corp naik 6.59% dari 5.04% sementara kepentingan dalam Mitsui & Co Ltd jadi 6.62% dari 5.03.
Selain itu, pegangan dalam Itouchu Corp tambah 6.21% dari 5.02% dengan kepentingan pada Marubeni Corp naik 6.57% dari 5.04% dan Sumitomo Corp jadi 6.57% dari 5.04%.
Berita penambahan pegangan tersebut dilihat selari dengan kenyataan Berkshire pada 2020 yang mengatakan pelaburannya di firma perdagangan Jepun yang berbentuk jangka panjang boleh mencecah sehingga 9.9%.
Turut memberi reaksi adalah ketua strategi Monex, Takashi Hiroko yang mengatakan beliau tidak terkejut dengan penambahan kepentingan oleh Berkshire tersebut.
Jelas beliau bahawa harga saham syarikat dagangan yang tinggi berkait dengan harga komoditi tinggi dan pendapatan mereka yang bagus bakal membawa pulangan kukuh kepada pemegang saham.
Pada sisi berbeza, Berkshire juga dikatakan telah menambah profil pelaburannya dengan membeli $4.1 bilion saham dalam syarikat Taiwan Semiconductor Manufacturing (TSMC) pada 14 November lalu.
Ia difahamkan adalah satu pembelian yang jarang berlaku dalam sektor teknologi oleh jutawan konglomerat seperti Warren Buffett.