Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 4.08 mata pada 1,522.98 daripada penutupan Jumaat pada 1,527.06.
Indeks dibuka 5.34 mata pada 1,521.72.
Ia dibuka lemah di tengah ketidaktentuan pasaran serantau termasuk menjejaki penutupan lemah di pasaran Wall Street pada Jumaat.
Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 252 berbanding 111, manakala 259 kaunter pula tidak berubah, 1,647 tidak didagangkan dan 11 digantung.
Jumlah perolehan pada 223.78 juta unit bernilai RM112.02 juta.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Ratuken Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, menyatakan pasaran Wall Street mengalami kejatuhan apabila pelabur meletakkan semula posisi ke dalam pasaran bon apabila hasil 10 tahun susut pada 1.77%.
Tambahnya lagi, KLCI mengkin alami beberapa masalah dan dijangka berlegar pada paras 1,520-1,535 pada Isnin.
Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 5 sen pada RM8.23, Public Bank Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) kekal pada RM4.18 dan RM8.89, IHH Healthcare turun 3 sen pada RM6.54, CIMB Group Holdings Bhd jatuh 7 sen pada RM5.23 dan Tenaga Nasinal Bhd (TNB) naik 4 sen pada RM9.14.
Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) naik 1.5 sen pada RM1, Coraza Integrated Technology Bhd tambah 8 sen pada 74 sen dan Aimflex Bhd dan OCR Group Bhd lonjak 0.5 sen pada 18 sen dan 15 sen.
Di papan indeks, FBM ACE mekar 6.59 mata pada 6,131.11, FBM Emas turun 28.39 mata pada 10,930.86, FBMT 100 susut 27.82 mata pada 10,637.63, FBM Emas Shariah junam 15.12 mata pada 11,646.08 dan FBM 70 hilang 32.14 mata pada 13,442.69.
Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 72.26 mata pada 15,701.35, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menurun 0.12 mata pada 200.71 dan indeks Perladangan melayu 6.81 mata pada 6,692.47.