Pada jam 12 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 4.19 mata pada 1,599.11 daripada penutupan Jumaat pada 1,603.3.
Indeks dibuka kukuh 2.84 mata pada 1,606.14 dari 1,597.39 semasa sesi.
Ia mengakhiri sesi dagangan pagi sedikit rendah ekoran tekanan penjualan pada semua indeks yang didorong oleh kaunter teknologi, pengguna, industri produk dan perkhidmatan disebalik prestasi pasaran serantau yang bercampur.
Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 349 berbanding 266, manakala 905 kaunter pula tidak berubah, 790 tidak didagangkan dan 54 digantung.
Jumlah perolehan pada 1.38 juta unit bernilai RM814.99 juta.
Nota Melacca Securities menyatakan pelabur mungkin akan terus memberi fokus kepada saham bertemakan pemulihan termasuk perbankan, pelancongan dan pengguna ekoran pembukaan semula sempadan pada 1 April 2022.
Tambahnya, kaunter berkaitan komoditi juga kekal menjadi perhatian ekoran peningkatan harga komoditi, selain sentimen pasaran seamsa berkaitan Pilihan Raya Umum mengukuhkan aktiviti perdagagan dalam saham bahan binaan dan pembinaan.
Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd naik 5 sen pada RM8.95, Petronas Chemicals Group Bhd capai 21 sen pada RM9.81 dan MISC Bhd tambah 7 sen pada RM7.34 sementara Public Bank Bhd dan Tenaga Nasional Bhd kekal pada RM4.66 dan RM9.32.
Saham aktif memperlihatkan Widad Group Bhd tambah 0.5 sen pada 36 sen, BSL Corporation Bhd turun 0.5 sen pada 19.5 sen, Dagang NeXchange Bhd jatuh 2 sen pada RM1.04 dan Dataprep Holdings Bhd hilang 3 sen pada 28 sen.
Di papan indeks, FBM 70 menurun 76.58 mata pada 13,734.09, indeks FBM Emas meyusut 35.6 mata pada 11,422.69, indeks FBM Emas Shariah Index merosot 65.22 mata pada 12,021.37, indeks FBMT 100 menghilang 36.74 mata pada 11,106.26 dan FBM ACE menolak 31.28 mata pada 5,584.
Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melonjak 0.53 mata pada 205.72 dan indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 2.67 mata pada 16,746.4 sementara indeks Perladangan melayu 34.36 mata pada 8,049.22.