Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.8 mata pada 1,569.02 daripada penutupan Jumaat pada 1,568.22.
Indeks dibuka kukuh 2.48 mata pada 1,570.70.
Ia dibuka pada nota positif hasil dorongan minat belian pada semua indeks.
Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 216 berbanding 131, manakala 187 kaunter pula tidak berubah, 1,767 tidak didagangkan dan 13 digantung.
Jumlah perolehan pada 139.36 juta unit bernilai RM73.92 juta.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran Wall Street ditutup lemah dengan saham teknologi dan pertumbuhan susut ekoran sentimen pelabur yang bimbang dengan konflik Rusia-Ukraine serta tumpuan pada mesyuarat beberapa bank pusat minggu ini.
Selain itu, sentimen pelabur berkemungkinan kekal berhati-hati walaupun terdapat aktiviti bargain-hunting, sekali gus menjangkakan KLCI akan berada dalam aliran dalam paras 1,560 ke 1,580 pada hari ini.
Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 3 sen pada RM8.94, Petronas Chemicals tambah 6 sen pada RM9.76, IHH Healthcare canak 2 sen pada RM6.43 sementara Public Bank susut 2 sen pada RM4.38, Press Metal jatuh 9 sen pada RM6.41 dan CIMB kekal pada RM5.05.
Saham aktif memperlihatkan Green Packet dan Bumi Armada naik 1.5 sen pada 11 sen dan 41.5 sen sementara Advance Synergy susut 1.5 sen pada 10 sen.
Di papan indeks, indeks FBM Emas menaik 16.15 mata pada 11,130.74, indeks FBMT 100 mengembang 15.34 mata pada 10,832.56, indeks FBM Emas Shariah mencanak 35.87 mata pada 11,798.75, FBM 70 melonjak 62.02 mata pada 13,134.77 dan FBM ACE menguat 35.25 mata pada 5,293.73.
Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menaik 0.02 mata pada 204.72, indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 11.34 mata pada 16,261.36 dan indeks Perladangan melayu 17.56 mata pada 8,187.14.