Sesi dagangan Bursa Malaysia pada akhir minggu mempamerkan lonjakan berterusan dengan minat pembelian yang diperbaharui pada pasaran tempatan.
Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.27 mata pada 1,421.96 daripada penutupan hari Khamis pada 1,418.69.
Indeks dibuka kukuh 2.57 mata pada 1,421.26.
Di pasaran meluas, kaunter untung pada 162 mengatasi kaunter rugi pada 91, manakala 163 kaunter pula tidak berubah, 1,824 tidak didagangkan dan 8 digantung.
Jumlah perolehan pada 80.3 juta unit bernilai RM31.56 juta.
Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng dalam notanya meramalkan aktiviti pembelian akan muncul dan penanda aras akan berada dalam julat antara 1,415 ke 1,430 pada hari ini.
Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) capai 2 sen pada RM8.60, Public Bank Bhd naik 3 sen pada RM4.39 dan Petronas Chemicals Group Bhd macu 9 sen pada RM8.43 sementara CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM5.09.
IHH Healthcare Bhd kurang 2 sen pada RM6.31 dan Hong Leong Bank Bhd jatuh 8 sen pada RM20.10.
Saham aktif memperlihatkan Hibiscus Petroleum Bhd naik 3 sen pada 90.5 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) tambah 77.5 sen dan Scope Industries Bhd lonjak 0.5 sen pada 16.5 sen.
Sapura Energy Bhd dan KNM Group Bhd kekal pada 4.5 sen dan 12 sen sementara Metronic Global Bhd susut 2 sen pada 7 sen.
Di papan indeks, indeks FBM Emas mengumpul 25.73 mata pada 10,117.86, indeks FBM Emas Shariah menambah 24.49 mata pada 10,177.06, FBM 70 melonjak 38.72 mata pada 12,200.75, indeks FBMT 100 memacu 24.77 mata pada 9,873.6 dan FBM ACE meningkat 31.11 mata pada 4,635.11.
Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 31.22 mata pada 16,028.47, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menambah 1.25 mata pada 173.05, indeks Tenaga meningkat 7.48 mata pada 639.85 dan indeks Perladangan meraih 19.12 mata pada 6,607.59.