Mata wang yen terus memanjangkan keuntungan untuk didagangkan pada paras ketinggian 4 bulan berbanding US dolar pada sesi Eropah.
Lonjakan mata wang yen bermula dari pengumuman mengejut Bank of Japan (BOJ) untuk melaraskan program kawalan keluk hasil dengan membenarkan hasil bon kerajaan 10 tahun turun naik antara -0.5% dan 0.5%, berbanding -0.25 dan 0.25% sebelum ini.
Walaupun langkah ini bukanlah perubahan besar dalam pendirian dasar BOJ, namun impak ke atas mata wang yen adalah ketara dengan pelabur meletakkan jangkaan untuk peralihan kepada dasar yang hawkish tidak lama lagi.
Dalam sidang media susulan pengumuman tersebut, Gabenor Haruhiko Kuroda menekankan perubahan itu bukan kenaikan kadar faedah tetapi untuk meningkatkan fungsi pasaran bon.
Impak daripada keputusan BOJ ini turut memberi kesan kepada pasaran saham secara meluas, menyaksikan indeks Nikkei merosot lebih 2.5% sebaik sahaja pengumuman dibuat.
Indeks dolar juga tergelincir lebih rendah, mencatatkan kerugian 0.6% kepada 104.00 berbanding sekumpulan mata wang utama.
Selan itu, yen turut meraih pengukuhan berbanding mata wang utama lain, dengan meningkat lebih 3% berbanding euro ke paras ketinggian 3 bulan dan tertinggi 2 bulan berbanding pound.
Dolar Aussie pula tergelincir 3.5% berbanding yen ke paras terlemah 7 bulan, manakala dolar New Zealand pula paling rendah dua bulan susulan penyusutan 3.8% berbanding yen.