‘Tersengih gembira Din Dolar boleh balik Australia bulan Mac tahun depan.’
Syarikat penerbangan tambang murah negara, Capital A merancang untuk memulakan kapasti operasi penuh menjelang Mac 2023.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tony Fernandes yang menzahirkan keterujaan syarikat untuk menerbangkan kesemua 180 buah kapal terbang yang dimiliki.
Menurut beliau di peringkat domestik, Capital A sudah beroperasi hampir 80% sementara di peringkat antarabangsa pula pada 35%.
Selain itu, faktor rekod muatan pada suku ke-2 (Q2) yang beroperai pada 84% iaitu tahap sama semasa pra-pandemik telah menandakan perjalanan udara bertambah baik.
Berhujah pula mengenai tambang penerbangan, Fenandes menggariskan faktor kenaikan harga minyak boleh mempengaruhi tambang lebih tinggi.
Menyentuh mengenai isu gangguan perjalanan udara akibat permintaan tinggi, Capital A percaya Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempunyai rancangan tersendiri dalam memastikan lapangan terbang sentiasa bersiap sedia.
Dalam pada itu, aplikasi milik penuh AirAsia iaitu Super App dilihat semakin berkembang pesat serta menjadi yang pertama di rantau Asia untuk menyediakan platform pekerjaan sepenuh masa bagi penunggang (riders).
Difahamkan riders yang bekerja sepenuh masa akan menerima manfaat seperti pekerjaan lain termasuk manfaat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial dan perlindungan perubatan serta lain-lain.
Setakat penulisan ini, saham diniagakan mendatar 0.76% pada 66 sen dengan permodalan pasaran sebanyak RM2.75 bilion.