‘Masih janggal sebenarnya nak panggil AirAsia sebagai Capital A, tapi kenapa tiba-tiba nak repair KLIA eh? Ada tanda-tanda dah boleh travel jauh ke?’
Capital A yang dahulunya ‘AirAsia’ mengumpul lebih RM400 juta dalam modal untuk membantu cabang kejuruteraannya bagi menyelenggara, membaiki dan baik pulih (MRO) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata modal terkumpul tersebut akan digunakan sepenuhnya oleh anak syarikat, Asia Digital Engineering (ADE) bagi menjalankan aktiviti MRO.
Menurut CEO ADE, Mahesh Kumar, ia memerlukan perbelanjaan sebanyak RM250 juta bagi membina fasiliti baharu di Kuala Lumpur dan mereka juga merancang untuk membangunkan kemudahan yang sama di Thailand, Filipina dan Indonesia, selain turut menyatakan projek tersebut akan dimulakan pada pertengahan 2022 dan mengambil masa 2 tahun untuk siap.
Hujarnya, fasiliti tersebut akan menyediakan perkhidmatan MRO kepada lebih 14 pesawat komersial dalam satu masa, selain, ia turut akan menjadikan syarikat itu sebagai salah satu penyedia MRO terbesar di rantau Asia.
Secara ringkasnya, AED bertanggungjawab dalam penyelenggaraan talian, gudang dan perkhidmatan sokongan kejuruteraan terhadap pesawat jet Airbus A320, A321 dan A330.
Setakat tengah hari, saham Capital A AirAsia didagangkan rendah pada 0.60 sen atau 1.59% dengan nilai pasaran sebanyak RM2.56 bilion.