Emas sedikit goyah susulan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada dijangkakan, menyaksikan US dolar kembali mencatatkan peningkatan pada sesi sebelumnya.
Bagaimanapun, penurunan yang dicatatkan logam kuning itu tidak ketara, melihatkan harga emas berlegar pada $1,663 per auns ketika sesi Asia.
Ini mungkin kerana pelabur lebih menumpukan perhatian kepada data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) AS (ukuran inflasi utama Federal Reserve) yang bakal menentukan hala tuju bank pusat itu dalam menetapkan dasar.
Melihat kepada data yang dikeluarkan pada sesi terdahulu, keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS mencatat pertumbuhan sebanyak 2.6% pada suku ketiga.
Ini sekali gus menghapuskan kebimbangan terhadap ekonomi gergasi dunia itu yang melemah disebabkan kenaikan agresif kadar faedah oleh Fed.
US dolar meningkat susulan data tersebut walaupun kenaikan yang dicatatkan agak terbatas susulan kemerosotan dalam hasil bon AS 10 tahun.