Sentimen pasaran berisiko sebelum ini bakal diredakan dengan musim laporan pendapatan oleh institusi kewangan dan syarikat-syarikat korporat global pada awal suku tahun terakhir ini.
Laporan oleh Bank of America (BoA) yang positif telah mencetus penilaian sentimen risk-on dan memberi kesan penyusutan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven.
Justeru, kebanyakan mata wang utama mengambil manfaat ini untuk didagangkan meningkat pada pembukaan awal minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-layu-gbp-kukuh#t=0:00
Ini dapat dilihat pada pergerakan carta harga pasangan mata wang utama EUR/USD yang memaparkan corak bullish pada Isnin semalam selepas kenaikan yang mengatasi ketinggian pada minggu lalu.
Kenaikan harian semalam dicatatkan sekitar 130 pips dengan kenaikan dari paras 0.97200 melepasi rintangan minggu lalu pada 0.98000 dan mencapai paras ketinggian 0.98500 di sesi New York.
Dengan corak bullish harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD akan mendorong jangkaan kenaikan diteruskan lagi hari ini ke zon 0.99000.
Untuk kenaikan lebih tinggi, harga boleh dijangka untuk mencapai kembali ke zon rintangan pada 1.0000 setelah zon tersebut diuji pada awal Oktober lalu.
Namun, sekiranya perubahan arah harga berlaku, penurunan awal harga dilihat akan menguji paras 0.98000 yang sebelum ini merupakan rintangan buat harga.
Susut di bawah paras tersebut dan melepasi sokongan MA50 akan mencetus jangkaan permulaan trend bearish harga.
Harga bakal membuat penurunan ke zon 0.97000 setelah beberapa hari harga mendatar pada zon tersebut pada dagangan minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG