Penduduk China yang didapati melabur di dalam aset kripto berpotensi untuk menerima hukuman penjara 10 tahun.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Mahkamah Agung China melalui dokumen rasmi yang dimuatnaik di laman web rasmi mahkamah negara tersebut.
Undang-undang terbaharu itu akan mula berkuatkuasa pada 1 Mac 2022.
Pun begitu, kesalahan yang dilakukan adalah berdasarkan empat perkara:
- Pengumpulan dana awam sehingga 50 juta yuan (RM33,215,150)
- Pengumpulan dana secara haram atau tidak memiliki sasaran tertentu
- Jaminan pulangan modal dan faedah yang lumayan
- Sebarang aktiviti yang berkaitan telah melanggar undang-undang dan penyeliaan
Menurut pengasas ChainAudit, Zhang Xiaoxiao: pembelian kripto secara OTC, menerusi platform pertukaran kripto, penawaran syiling awal (ICO) atau penawaran DEX awal (IDO), yield faming, dan pertukaran niaga hadapan mata wang kripto adalah merupakan pengumpulan dana secara haram.
Sebagai rekod, XiaoXiao merupakan individu yang menawarkan perkhidmatan penasihat kepada jabatan sekuriti umum China berkaitan jenayah ekonomi.
Berdasarkan kesalahan yang direkodkan, penipuan yang melibatkan 5,000 mangsa atau menyebabkan kerugian sehingga 25 juta yuan (RM16,618,527) akan menyebabkan hukuman penjara selama 10 tahun.