Lonjakan mendadak harga bijih besi membuatkan China tidak keruan yang sekali gus mencetuskan amaran kepada pembekal maklumat komoditi itu tidak mencetuskan spekulasi dengan niat menaikkan harganya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, perancang negara memberitahu bahawa ia dan pengawal selia akan mengkaji langkah berkesan untuk memastikan kestabilan pasaran komoditi itu.
Ketika pertemuan yang diadakan baru-baru ini, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional (NDRC) dan Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran telah menggesa firma-firma pembekal untuk memastikan ketetapan keluaran mereka
Selain itu, ia juga mengatakan mereka akan mengukuhkan penyeliaan pasaran dan membanteras dengan tegas terhadap sebarang penyelewengan yang berlaku.
Ia adalah amaran kedua daripada perancang negara mengenai bijih besi tahun ini, di mana pada akhir Januari lalu peningkatan harga komoditi tersebut dikatakan berkait dengan spekulasi.
Harga bagi bahan pembuatan keluli utama terus meningkat selepas cuti tahun baru Cina sehingga seminggu, menyaksikan penanda aras niaga hadapan bijih besi di Bursa Komoditi Dalian China melonjak ke paras tertinggi lima bulan, membawa peningkatan kepada lebih 20% tahun ini.