China mula melancarkan program ujian perintis mata wang digital bank pusat (CBDC) yang membenarkan rakyat di bandar Guangzhou membuat pembayaran menggunakan yuan digital (e-CNY) semasa menaiki bas awam di 10 laluan transit.
Oleh demikian, penumpang perlu mendepositkan dana ke dalam aplikasi e-CNY untuk mengimbas kod QR yang disediakan di bahagian pembayaran bas.
Manakala, Ningbo merupakan bandar kesembilan China yang melaksanakan ujian perintis e-CNY di 125 stesen laluan kereta api bawah tanah, di mana penumpang hanya perlu mengimbas untuk membuat pembayaran.
Lantaran itu, pembayaran caruman dana perumahan pekerja di bandar Guangzhou berjaya dibuat setelah kerajaan China aktif memperluaskan utiliti e-CNY.
Dalam konteks ini, kerajaan sebelum ini juga telah bekerjasama dengan syarikat penghantaran makanan terbesar Meituan serta platform e-dagang JD.com untuk mencipta e-CNY air-drops.
Tujuannya adalah untuk menggiatkan semula perbelanjaan pengguna setelah menghadapi sekatan koronavirus yang ketat.
Natijahnya, lebih 6 juta pengguna telah memesan perkhidmatan dengan e-CNY di Meituan, malah JD.com turut memproses lebih daripada 4 juta transaksi e-dagang bernilai 900 juta CNY ($131.6 juta) sejak menerima e-CNY sebagai tender di negara itu.