Platform pertukaran kripto, Coinbase Wallet dilaporkan enggan menyokong beberapa aset digital seperti Ripple (XRP) dan Bitcoin Cash (BCH) mulai 5 Disember 2022.
Difahamkan bahawa Coinbase Wallet telah memasukkan sejumlah rangkaian dalam platformnya, antaranya adalah Ethereum (ETH), rantaian BNB, Polygon, Solana (SOL) dan Arbitrum.
Namun, Bitcoin Cash (BCH), Ethereum Classic (ETC), Stellar (XLM) dan Ripple (XRP) merupakan antara aset digital yang mempunyai penggunaan rendah dalam platform tersebut.
Disebabkan isu berikut, Coinbase Wallet hanya akan menawarkan aset digital tersebut sehingga tarikh 5 Disember sahaja dan seterusnya menjadi sesuatu perkara yang berisiko jika masih menyimpannya, tegas pasukan platform itu.
Meskipun begitu, para pengguna dibenarkan mengakses pegangannya sebelum tarikh tersebut tetapi perlu dilakukan semasa proses pemulihan Coinbase.
Oleh demikian, pengguna harus mengimport frasa pemulihannya pada pembekal wallet kripto non-custodial* yang menyokong rangkaian ini.
*mempunyai kawalan tunggal ke atas kunci peribadi, yang seterusnya mengawal mata wang kripto anda dan membuktikan dana itu adalah milik anda
Sementara Coinbase Wallet adalah wallet kripto self-custody yang membenarkan pengguna menyimpan aset kripto mahupun non-fungible token (NFT).
Sungguhpun Coinbase sebelum ini menyebelahi Ripple dalam tuntutan mahkamah, platform tersebut termasuk syarikat kripto lain yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) telah menyahsenarai aset digital tersebut.