‘Dari gaya cakap syarikat, kripto ni macam sebuah tabung untuk penyimpanan bagi kegunaan masa depan.’
Berlatarbelakangkan situasi tekanan inflasi yang berterusan dan diapit dengan faktor kemelesetan di seluruh dunia, pelabur dilihat cuba melindungi diri dengan memiliha pelaburan dalam aset digital terutamanya mata wang kripto.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh platform bursa (exchanger) kripto terbesar dunia, Binance dengan melaporkan penambahan jumlah pelanggannya adalah disebabkan oleh inflasi dan pengukuhan greenback dalam pasaran pesat membangun.
Ulas ketua Binance di Amerika Latin, Maximiliano Hinz, aset kripto seperti Bitcoin (BTC) dilihat sebagai cara pelabur melindungi diri daripada inflasi.
Jelas beliau pelabur mungkin mencari tempat penyimpanan nilai untuk tempoh jangka panjang memandangkan terdapat kemungkinan kemelesetan akan tiba seawal tahun hadapan.
Hinz juga memetik Argentina sebagai contoh, di mana negara dengan kadar inflasi tahunan setinggi 90% tersebut kini menjadi salah satu pasaran utama syarikat dan diikuti oleh Brazil dan Mexico.
Difahamkan Argentina menyaksikan hampir semua rakyatnya membuat pelaburan dalam BTC pada tahun ini, sungguhpun nilai aset tersebut berada dalam aliran bearish.
Tambah beliau lagi, walaupun hanya El Salvador sahaja setakat ini muncul sebagai tender sah BTC namun ia tidak bermakna negara-negara Amerika Latin lain akan diketepikan syarikat.
Umum mengetahui El Salvador di bawah pemerintahan Presiden Nayib Bukele meluluskan perundangan mata wang kripto dan berjaya menjadikan BTC sebagai mata wang rasmi negara.
Ijmal dari Hinz bahawa ketiadaan peraturan mahupun rangka kerja rasmi tidak membawa petanda negatif, jika sesuatu itu tidak diharamkan maka ia adalah sah.