Pasaran sunyi walaupun terdapat kehadiran beberapa data ekonomi utama, menyaksikan kebanyakan mata wang kekal didagangkan berlegar di sekitar harga yang sama pada sesi Eropah.
Raja mata wang US dolar kekal mengukuh di paras tertinggi 20 tahun walaupun sedikit susut ketika pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang mesyuarat polisi FOMC.
Begitu juga dengan dagangan pound yang dilihat cuba bangkit dari paras terendah 37 tahun di tengah-tengah jangkaan pelabur bahawa Bank of England (BOE) akan meningkatkan kadar sebanyak 50 mata asas pada minggu ini.
Sementara itu, dolar Aussie yang telah diperlihatkan dengan laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) pada sesi sebelum ini, malangnya gagal mempamerkan pergerakan lebih aktif.
Mata wang antipodean itu kekal didagangkan lemah pada sekitar paras terendah 2 setengah tahun, dengan jejak langkahnya turut diikuti oleh dagangan dolar New Zealand.
Menjadi tumpuan pelabur seterusnya adalah penerbitan data inflasi Kanada pada sesi New York yang dijangka akan terus menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan pada bulan Ogos.
Dolar Kanada didagangkan mendatar menjelang data tersebut, di tengah-tengah pergerakan dagangan minyak mentah yang terhad.
Pasaran akan meneliti bacaan data inflasi selepas Bank of Canada (BOC) telah secara terus mengambil langkah pengetatan agresif sejak Mac.