Pengendali Domino’s Pizza (DP) di Rusia sedang mempertimbangkan untuk berundur dari negara itu, sepuluh bulan selepas Moscow menyerang Ukraine.
DP Eurasia, yang juga memiliki francais rantaian di Turki, Georgia dan Azerbaijian, sedang ‘menilai kehadirannya’ di negara itu, di samping turut meneliti kesan sekatan terhadap perniagaannya.
Hal ini kerana, perniagaan global yang telah berundur lebih awal dari Rusia menanggung kos yang besar.
McDonald’s, misalnya, mencatat kerugian sehingga $1.4 bilion selepas menutup 850 restorannya, dengan alasan krisis kemanusiaan dan persekitaran operasi yang tidak dapat dijangka disebabkan oleh perang Ukraine.
Pada bulan Mac, DP memotong semua pelaburan di Rusia yang mempunyai kira-kira 172 kedai, meninggalkan operasinya untuk ‘berdiri’ sendiri.
Ia juga berhenti mengambil royalti daripada kedai Rusia, begitu juga pemilik keseluruhan Domino di AS.
Sungguhpun begitu, ia tetap mendapat kritikan kerana mengekalkan perniagaan di negara itu untuk melindungi kakitangan dan pelanggannya.