Inflasi Jerman mencecah ke satu lagi paras tertinggi sepanjang masa. Perkara ini dapat mendorong keperluan kepada Bank Pusat Eropah untuk mengubah dasar polisi rangsangan era krisis selepas hal yang sama juga berlaku bagi negara Sepanyol.
Inflasi Jerman telah mengatasi jangkaan para ahli ekonomi dan hal ini didorong oleh kenaikan kos tenaga dan makanan yang melambung tinggi. Berdasarkan data yang dikeluarkan pada hari Isnin menunjukkan harga pengguna dalam ekonomi terbesar di benua Eropah itu melonjak 8.7% daripada setahun lalu pada bulan Mei. Disisi lain, penganalisis ekonomi meramalkan kenaikan hanya sekadar 8.1%.
Laporan itu dikeluarkan 10 hari sebelum mesyuarat penting ECB di mana para pegawai bersedia untuk mengumumkan kesimpulan pembelian aset berskala besar dan juga untuk mengesahkan rancangan kenaikkan kadar faedah pada bulan Julai buat kali pertama dalam lebih sedekad. eberapa penggubal dasar malah ada yang berpendapat bahawa terdapat kebarangkalian kenaikan separuh mata peratusan.
Angka inflasi meningkatkan tekanan ke atas kerajaan apabila isi rumah semakin terhimpit. Menteri Kewangan Christian Lindner awal Isnin menggelar perjuangan menentang lonjakan harga sebagai “keutamaan utama” sambil menyokong penamatan dasar fiskal yang meluas.
Tambah Lindner, inflasi adalah risiko ekonomi yang besar dan ianya mesti diatasi agar tidak memberi impak besar terhadap ekonomi.
Penggubal dasar ECB ermasuk Presiden Christine Lagarde telah menyatakan kebimbangan yang sama iaitu bahawa risiko pertumbuhan harga yang sangat tinggi boleh berakar dan memberi impak penggunaan pada masa industri mengalami kesukaran bekalan yang berlarutan dan ketidakpastian mengenai bekalan tenaga berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Keputusan ECB pada bulan Jun akan dipandu oleh unjuran ekonomi baharu yang berkemungkinan menunjukkan tekanan harga di kawasan eropah secara keseluruhan kekal melebihi sasaran 2% pada 2023 dan 2024. Data bagi bulan Mei akan dikeluarkan pada Selasa.
Negara Sepanyol pada awal hari Isnin melaporkan kenaikan inflasi yang tidak dijangka kepada yang tidak dijangka kepada bacaan 8.5% walaupun terdapat pemberian bantuan kerajaan termasuk subsidi bahan api dan kenaikan gaji minimum.