Berbeza dengan mata wang Euro yang berjaya mengekalkan momentum pengukuhan awal minggunya, Pound Sterling sebaliknya alami penyusutan pada sesi Eropah semalam susulan bacaan data sektor ekonomi UK diterbitkan.
Bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK diterbitkan kurang memberangsangkan telah mendorong penurunan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semula.
Namun harga tidak meneruskan penurunan lebih rendah pada sesi New York ekoran US dolar yang masih bergerak lemah dalam pasaran gagal untuk menambah tekanan terhadap Pound.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-12
Pada carta GBP/USD, harga yang pada mulanya berlegar di zon rintangan 1.26000 selepas kenaikan di awal minggu mencapai ke paras tersebut, harga kemudiannya dilihat membuat terjunan semula sehingga ke zon 1.25000 yang menjadi zon support terbaru buat harga.
1.25000 membentuk zon RBS (resistance become support) dan pelabur menyaksikan harga meningkat sedikit di atas zon tersebut sehingga berakhir dagangan sesi New York.
Namun, pelabur mula bersedia untuk kejatuhan lebih lanjut harga selepas mendapat isyarat awal untuk perubahan trend bearish berikutan harga telah kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Sekiranya harga menyambung penurunan selepas terjunan harga semalam, harga yang bergerak di bawah zon 1.25000 seterusnya akan menuju ke sekitar 1.24000.
Selepas menguji paras tersebut, penurunan yang masih diteruskan seterusnya dijangka akan menghampiri ke zon 1.23000 pula.
Sebaliknya jika harga berjaya meneruskan lagi pergerakan trend bullishnya sebelum ini, harga bakal melonjak menguji sekali lagi rintangan pada ketinggian 1.26000.
Dan harga yang berjaya menembusi rintangan tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu dengan sasaran seterusnya adalah untuk menuju ke zon 1.27000.
Lihat gambar harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG