Peperangan antara Rusia dan Ukraine telah masuk ke bulan kedua sejak Februari lalu.
Laporan terbaru Bank Dunia mendedahkan ekonomi Ukraine berpotensi susut sehingga 45% pada tahun ini akibat pencerobohan ketenteraan Rusia pada 24 Februari.
Pada masa yang sama, negara-negara membangun di rantau Eropah dan Asia Tengah perlu bersiap sedia kerana dijangka akan menanggung impak konflik kedua-dua negara tersebut.
Bagaimanapun, ramalan tersebut bergantung kepada tempoh ketegangan peperangan antara Rusia dengan Ukraine.
Manakala ekonomi Rusia pula berkemungkinan menguncup kira-kira 11%; atau menurut Institute of International Finance mendakwa penguncupan boleh berlaku sehingga 15% ekoran daripada pelbagai sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).
Berikut adalah rincian panjang impak peperangan Rusia-Ukraine terhadap ekonomi global:
- Data jangkaan hasil pengeluaran bagi negara-negara membangun di Eropah dan Asia Tengah boleh diperincikan seperti berikut:
- Dijangka susut sehingga 4.1% pada 2022, berbeza dengan jangkaan ketika pra-peperangan, hasil pengeluaran dijangka meningkat 3%.
- Faktor penyusutan dikaitkan dengan impak peperangan dan pandemik COVID-19
- Jangkaan penguncupan ini dua kali lebih tinggi berbanding pada 2020.
- Laporan terbaharu Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mendedahkan unjuran ekonomi global pada tahun ini telah diturunkan kepada 4.4% dengan anggaran pada Januari adalah separuh lebih rendah berbanding unjuran Oktober 2021.
- Faktor ini didorong oleh momentum ekonomi yang sangat lemah di AS dan China ketika inflasi dan harga sumber tenaga meningkat tinggi.
- National Institute for Economic and Social Research United Kingdom (UK) mendedahkan peperangan Rusia-Ukraine mampu:
- Mengurangkan keluaran dalam negara kasar global sebanyak 1% (atau $1 trilion) menjelang 2023.
- Menaikkan lagi inflasi global sehingga 3% pada 2022 dan sekitar dua mata peratusan pada 2023.
- Belarus, Kyrgyz Republic, Moldova, dan Tajikistan dijangka akan jatuh ke dalam kemelesetan pada tahun ini dengan unjuran pertumbuhan diturunkan ke paras lebih rendah dalam semua aspek ekonomi.
- Rusia dan Ukraine menyumbang kira-kira 40% aktiviti pengimportan di rantau ini dan kira-kira 75% atau lebih bagi Asia Tengah dan Caucasus Selatan.
- Rusia – destinasi eksport utama bagi kebanyakan negara dengan rekod pengiriman wang dari Rusia hampir 30% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNKK) bagi beberapa ekonomi Asia Tengah.