Faktor zon masa yang berbeza antara barat dan timur tampak memberi kesan pergerakan sederhana terhadap pasaran ekuiti global pada permulaan minggu.
Pasaran Wall Street dan beberapa di barat ditutup semalam sempena musim percutian (Hari Krismas dan Hari Boxing di United Kingdom), menafikan sebarang pemangkin untuk ekuiti membuat pergerakan.
Kali terakhir disemak, indeks-indeks Wall Street ditutup tinggi dengan Dow Jones Industrial naik 0.53% pada 33,203.93 sementara S&P 500 capai 0.59%, pada 3,844.82 dan Nasdaq Composite tambah 0.21%, to 10,497.86.
Indeks STOXX 600 Eropah naik 0.04% sementara tolok MSCI saham global canak 0.23%.
Dagangan sesi Asia pagi ini menyaksikan Nikkei 225 Jepun naik 0.52%, Topix canak 0.63%, Kospi Korea Selatan capai 0.66% dan Kosdaq raih 1.03% sementara pasaran Australia masih lagi ditutup.
Pengukuhan pada dagangan Asia boleh dikaitkan dengan pengumuman rasmi China tentang penamatan tempoh kuarantin bagi pelancong masuk pada 8 Januari.
Perkara tersebut secara tidak langsung memberi gambaran pengakhiran dasar sifar-Covid China yang diamalkan selama 3 tahun tatkala laporan dari negara itu mengatakan penarafan Covid diturunkan.
Di sisi berbezanya, pendirian Federal Reserve (Fed) untuk kekal agresif dengan dasar pengetatan menyemarakkan lagi kebimbangan dunia berkenaan risiko kemelesetan global pada tahun depan.