Saham global mempamerkan catatan keuntungan peratusan harian terbesar dalam tempoh 2 bulan sementara dolar melemah buat 3 sesi berturut-turut.
Pasaran memberi tumpuan terhadap jangkaan Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan melaksanakan kenaikan kadar faedah sehingga 50 mata asas pada mesyuarat Khamis tatkala Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) difahamkan tidak menimbang untuk kenaikan 100 mata asas.
Ulas Joe Manimbo dari Western Union Business Solutions, dasar monetari trans-Atlantik dilihat mengalami peralihan dan perkara ini memberi kelebihan kepada Euro.
Tambah Anthony Saglimbene dari Ameriprise Financial pula bahawa jangkaan Fed yang memilih kenaikan 75 mata berbanding 100 mata asas menambah semula selera pelabur dalam pasaran.
Rentetan itu Wall Street memasuki rali dengan Dow Jones Industrial naik 2.43% pada 31,827.05, S&P 500 capai 2.76% pada 3,936.57 dan Nasdaq Composite tambah 3.11% pada 11,713.15.
Indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 1.38% dengan berita gas Eropah mereda sementara tolok MSCI saham seluruh dunia mencatat keuntungan peratusan harian terbesar untuk capai 2.05%.
Ijmal aliran mata wang memperlihatkan indeks indeks dolar jatuh 0.66% dengan Euro naik 0.81% pada $1.0223 dan Yen Jepun diniagakan kukuh berbanding minggu lepas pada $138.16.
Penanda aras nota 10 tahun jatuh 17/32 dalam harga kepada hasil 3.0209% dari catatan Isnin pada 2.96%.
Bagi komoditi, harga minyak kembali mencatat lonjakan dalam sesi dagangan tidak menentu apabila pasaran menimbang kemungkinan kemelesetan terhadap permintaan di sebalik pengetatan bekalan.
Ia telah menyebabkan minyak mentah AS naik 1.58% pada 104.22 dan minyak mentah Brent lonjak 1.02% pada $107.35.