Aliran pasaran ekuiti terus bergerak lemah, seminggu selepas Federal Reserve (Fed) melaksanakan kenaikan kadar faedahnya dalam usaha membendung lonjakan inflasi.
Menyingkap situasi minggu lalu, ekuiti mencatatkan sesi penjualan terbesarnya di paras terendah 3 bulan tatkala kebimbangan kenaikan kadar faedah dan pertumbuhan ekonomi lemah mengeruhkan sentimen pasaran meluas.
Atas faktor tersebut niaga hadapan Wall Street mendatar, selari dengan catatan ketika sesi penutupan pada Jumaat lepas.
Ketika penutupannya Dow Jones Industrial hilang 1.6% pada 29,590.4, S&P 500 jatuh 1.7% pada 3,693.2 dan Nasdaq Composite susut 1.7% pada 10,867.9.
Prestasi keseluruhan Wall Street pada minggu lepas, ketika berlangsungnya mesyaurat FOMC, memperlihatkan Dow Jones hilang 3.8% sementara S&P 500 susut 4.3% dan Nasdaq turun 4.4%.
Beralih ke pasaran ekuiti Asia pagi ini pula kebanyakan indeks-indeks utama dibuka lemah dengan sentimen negatif pasaran meluas mencemarkan aktiviti pembelian.
Nikkei 225 Jepun turun 1.43% dengan Topix susut 1.31% tatlaka Kospi Korea Selatan hilang 1.39% dan Nasdaq jatuh 1.51%.
Indeks S&P/ASX 200 Australia turun 0.5% dan tolok meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun lemah 0.44%.
Pada sisi berbeza, pasaran bon menyaksikan kadar 10 tahun AS melonjak 3.691% iaitu paras tertinggi sejak Februari 2011.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/bob-bursa-tumpuan-sepanjang-minggu-2609?si=67364191b80847339e771e3958e5c74e&utm_source=clipboard&utm_medium=text&utm_campaign=social_sharing
Dalam pada itu, antara tumpuan utama sepanjang minggu ini yang menjadi pengukur kepada pelabur adalah ucapan Pengerusi Fed iaitu Jerome Powell berserta beberapa pegawai lain dan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde.