El Salvador boleh dikatakan antara entiti yang paling aktif membuat pembelian Bitcoin (BTC) setiap kali ada peluang, atau lebih tepat setiap kali berlakunya penyusutan harga.
Baru-baru ini negara itu telah membuat pembelian sebanyak 410 BTC pada harga sekitar $15 juta (bersamaan RM62,761,500) ketika penulisan artikel.
Aktiviti pembelian El Salvador acapkali dikongsi oleh presidennya, Nayib Bukele melalui twit di laman Twitter.
Nope, I was wrong, didn’t miss it.
El Salvador just bought 410 #bitcoin for only 15 million dollars 🥳
Some guys are selling really cheap 🤷🏻♂️ https://t.co/vEUEzp5UdU
— Nayib Bukele (@nayibbukele) January 21, 2022
Secara kumulatifnya, berdasarkan rekod pembelian aset tersebut El Salvador kini memiliki sekurang-kurangnya 1,801 BTC.
Sebelum twit pada 22 Januari, El Salvador difahamkan memiliki 1,391 BTC nilai sekitar $71 juta.
Berikut adalah rekod pembelian Bitcoin oleh El Salvador (berdasarkan twit dari Bukele):
- 2021
- 6 September – 200 BTC
- 6 September – 200 BTC
- 7 September – 150 BTC
- 19 September – 150 BTC
- 27 Oktober – 420 BTC
- 26 November – 100 BTC
- 4 Disember – 150 BTC
- 21 Disember – 21 BTC
- 2022
- 21 Januari – 410 BTC
- Jumlah semasa: 1,801 BTC
Difahamkan, El Salvador memiliki pasukan khas yang memberi komitmen terhadap pelaburan Bitcoin untuk negara itu.
Bagaimana pula dengan anda? Aset apa yang anda tambah ketika pasaran tengah ‘sendu’? Penulis artikel ini hanya mampu .. [@@,’]