Gagal maju lebih tinggi, harga emas kembali mencatat penyusutan di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menjelang simposium ekonomi Jackson Hole.
Pada sesi Asia, logam berharga itu didagangkan merosot pada $1,752 per auns, manakala niaga hadapan emas pula susut pada $1,765 per auns.
Dolar greenback sedikit meningkat tetapi kekal di bawah paras tertinggi 20 tahun yang dicapai awal minggu ini apabila tumpuan pelabur beralih kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-harga-emas-minyak-tergelincir-286?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fsis-fx-harga-emas-minyak-tergelincir-286
Ketidakpastian mengenai pendirian Powell dalam penetapan dasar monetari telah membebankan US dolar yang membantu emas mencatat keuntungan berturut-turut sekam tiga hari.
Namun, pelabur kembali berwaspada dengan mengurangkan pegangan terhadap logam kuning itu selain turut terkesan dengan bacaan data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan.
Data rasmi menunjukkan anggaran kedua KDNK AS yang telah disemak semula dengan catatan penguncupan 0.6% pada suku kedua berbanding penurunan 0.9% yang dianggarkan pada awalnya.
Selain Jackson Hole, penerbitan data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) AS juga akan dijadikan tumpuan oleh pelabur emas memandangkan ia merupakan ukuran inflasi utama Federal Reserve.