Harga emas kekal di atas harga $1,900 dengan pergerakan yang terbatas ketika para pelabur menunggu pencetus baharu daripada perang Rusia dan Ukraine.
Pada sesi Asia, emas diniagakan sedikit berubah pada sekitar harga $1,904 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,906 per auns.
Rundingan awal antara kedua-dua pihak telah berlangsung pada hari Isnin, di mana kedua-dua pihak menyatakan optimisme daripada perbincangan yang diadakan dan akan ada pertemuan seterusnya dalam beberapa hari lagi.
Hal ini secara tidak langsung membuatkan risiko dalam pasaran sedikit mereda, memberi ruang kepada mata wang utama untuk mencatat peningkatan pada awal sesi.
Walaupun begitu, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine nampaknya semakin meningkat, di mana imej satelit terbaharu dari Maxar Technologies telah menunjukkan konvoi tentera Rusia sepanjang 40 batu (64 km) yang sedang menuju ke Kiev.
Ini mungkin akan membawa kembali risiko dalam pasaran, ditambah pula dengan tindakan terbaharu daripada Ukraine yang telah memohon penyertaan untuk menjadi ahli Kesatuan Eropah (EU).
Menurut laporan terbaharu daripada NBC yang memetik kenyataan bekas pegawai dan semasa AS, Presiden Rusia Vladimir mungkin akan meningkatkan lagi serangannya.