Harga emas terus berlegar di sekitar harga yang sama ketika US dolar terus mempertahankan pengukuhan menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada Jumaat.
Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan stabil pada $1,851 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada 1,853 per auns.
Indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS dijangka terus berkurang pada bulan Mei dengan peningkatan hanya 5.9% daripada 6.2% yang dicatatkan pada April.
Angka yang akan dicatatkan dalam data inflasi adalah penting untuk menentukan hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed) seterusnya sama ada bank pusat itu akan terus menaikkan kadar faedah selepas mesyuarat edisi Julai.
Walaupun dengan jangkaan tersebut, dolar greenback dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun terus bergerak lebih tinggi menyebabkan permintaan terhadap emas kekal terbatas.
Sementara itu, risiko terhadap prospek ekonomi global yang timbul daripada perang di Ukraine, peningkatan kos pinjaman, gangguan bekalan yang berterusan dan lonjakan harga komoditi terus menawarkan sokongan buat emas daripada jatuh rendah.