Emas didagangkan sedikit lebih tinggi pada hari Rabu selepas mencatat peningkatan pada sesi sebelum ini yang didorong oleh pengunduran US dolar dari paras ketinggian 20 tahun.
Angka terbaharu yang dicatatkan dalam data PMI menunjukkan kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat yang menyuramkan pada bulan Ogos.
Sektor perkhidmatan adalah paling ketara merosot dengan catatan di bawah penguncupan pada 44.1 daripada 47.3 yang dicatatkan pada Julai. Aktiviti pembuatan pula berkembang kepada 51.3 daripada 52.2 yang direkodkan sebelumnya.
Ekoran daripada itu, US dolar bertindak balas dengan mencatatkan penyusutan dan sekali gus memberi peluang buat dagangan emas untuk meningkat.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/kebangkitan-emas-kuning-hitam?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fkebangkitan-emas-kuning-hitam
Pada sesi Asia, emas didagangkan stabil pada sekitar harga $1,745 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,758 per auns.
Bagaimanapun, kenaikan yang dicatatkan logam kuning itu kekal terbatas berikutan hasil bon AS 10 tahun yang lebih tinggi pada 3%.
Pada hakikatnya, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengubah pendirian hawkish berdasarkan data tersebut.
Namun, pelabur akan memberi tumpuan kepada simposium Jackson Hole pada akhir minggu ini untuk mendapatkan petunjuk baharu daripada Fed mengenai penetapan dasar selanjutnya.