Amukan US dolar turut membadai pasaran emas yang mendorong logam kuning itu jatuh parah walaupun data inflasi menunjukkan tekanan harga masih kukuh di Amerika Syarikat.
Ketika sesi dagangan Asia, emas didagangkan merosot pada sekitar harga $1,700 per auns, selepas menyentuh paras terendah $1,697 per auns sebaik sahaja data dikeluarkan.
Indeks harga pengguna (CPI) AS tanpa dijangka meningkat 8.3% tahun ke tahun pada bulan Ogos, meleset daripada jangkaan untuk menurun kepada 8.1% setelah mencatatkan 8.5% pada bulan sebelumnya.
Pada asas bulanan pula, inflasi utama AS mengejutkan pasaran dengan meningkat 0.1% setelah dicatatkan tidak berubah pada Julai, dan CPI juga bertambah lebih tinggi daripada jangkaan pada 0.6% daripada 0.3%
Walaupun inflasi tahunan menurun, tetapi bacaan yang lebih kuat daripada jangkaan telah membuktikan bahawa tekanan harga di ekonomi gergasi dunia itu masih tinggi.
Hal ini sekali gus menguatkan lagi harapan pelabur untuk melihat kenaikan 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat polisi FOMC yang akan berlangsung pada minggu depan.