Emas terus mengekalkan keuntungan untuk didagangkan lebih tinggi pada hari Selasa di tengah-tengah dagangan US dolar yang melemah.
Sesi pasaran Asia menyaksikan logam kuning itu diniagakan pada sekitar harga $1,673 per auns, tidak jauh dari paras tertinggi harga $1,680 yang dicapainya akhir minggu lalu.
Menyusuri pergerakan semasa dalam pasaran emas, logam kuning itu terus mendapat manfaat daripada kelemahan dolar greenback.
Pemain pasaran kini meletakkan jangkan untuk kenaikan 50 mata asas daripada Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat polisi yang akan berlangsung pada Disember.
Ini rentetan daripada data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang menyuramkan apabila kadar pengangguran telah mula menunjukkan peningkatan pada bulan Oktober.
Bagaimanapun, pelabur akan melihat data inflasi pengguna terlebih dahulu, yang mana ia akan diterbitkan pada Khamis.
Sekiranya tekanan harga terus meninggi, pelabur bakal mengubah jangkaan seterusnya untuk langkah pengetatan Fed akan datang.