Menarik untuk meneliti pergerakan harga pada carta EUR/JPY, carta pasangan mata wang yang turut digemari oleh ramai trader.
Mencuri tumpuan pergerakan harga pada Selasa semalam apabila harga yang membuat kenaikan sekali lagi tersangkut pada zon rintangan 144.200.
Apa yang mendorong situasi kenaikan harga yang terbantut dan penurunan harga berlaku semula?
Penganalisis menilai tumpuan pelabur yang kembali beralih semula pada kebimbangan risiko inflasi dan kemelesetan ekonomi global telah mendorong permintaan terhadap mata wang safe-haven meningkat semula termasuklah US dolar dan Yen.
Euro pula gagal untuk memanfaatkan peluang untuk melanjutkan peningkatan nilainya selepas kenyataan hawkish disampaikan oleh ahli bank pusat berkenaan dasar monetari.
Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde pada ucapan awalnya di acara forum yang dianjurkan di Portugal, menyatakan bahawa bank pusat bakal meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat Julai dan ahli bank pusat juga dikatakan bersedia untuk kenaikan kadar yang lebih pantas jika diperlukan.
Selepas harga pada carta EUR/JPY membuat penurunan semula pada zon rintangan 144.200, harga dilihat menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di sekitar 143.200 di penghujung sesi New York.
Menambah jangkaan untuk petunjuk pergerakan bearish harga pada dagangan yang bersambung hari ini (Rabu), harga telah susut di bawah paras MA50 berlegar di sekitar 142.500 di awal sesi Eropah.
Dengan corak yang dipaparkan, harga dijangka akan menyambung penurunan lebih rendah menuju ke paras sokongan sekitar 141.400 sebelum penurunan yang diteruskan bakal menguji pula zon 140.00.
Namun, jika harga berjaya membuat lonjakan melepasi semula halangan MA50, kenaikan harga sekali lagi akan menguji zon rintangan 144.200.
Melepasi tembok kebal tersebut barulah akan mendorong harga untuk menguji pula zon tumpuan sekitar 145.00.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG