Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY papar corak lebih ‘bearish’ pada minggu ini dengan mata wang Euro kekalkan prestasi suram.
Jika diteliti berdasarkan faktor dasar bank pusat, Presiden European Central Bank (ECB) terus mengulangi bahawa dalam usaha untuk menurunkan kadar inflasi yang tinggi, bank pusat perlu meneruskan pengetatan dasar monetari.
Namun, situasi tersebut gagal untuk menyuntik kekuatan buat mata wang Euro yang terus mempamerkan prestasi lemah sehingga ke penghujung minggu.
Sementara, mata wang Yen pula dilihat bergerak lebih baik berbanding Euro yang melemah, namun sentimen pasaran yang tak menentu boleh menambah risiko terhadap mata wang safe-haven tersebut.
Jika diperhatikan pada pergerakan di carta EUR/JPY, paras 145.00 menjadi rintangan untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Pada awal minggu harga susut menguji paras sokongan pada 143.00 sebelum melantun kembali menuju zon 145.00.
Namun, penurunan berlaku semula dan melepasi 145.00 dan menghampiri penutup dagangan minggu ini ke paras sekitar 142.00.
Penurunan lebih rendah dijangka boleh berlaku di sesi terakhir dagangan minggu ini ketika seluruh tumpuan ke arah laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).
Penurunan selanjutnya harga dijangka akan menguji zon 141.00 terlebih dahulu sebelum menuju pula ke paras tumpuan 140.00.
Namun, jika harga berjaya melantun semula, rintangan awal pada 143.00 akan diuji sebelum isyarat perubahan trend bullish dinilai.
Sasaran kenaikan akan kembali paras rintangan 145.00 semula yang telah diuji di awal minggu.
Lihat gambar carta pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG