US dolar menunjukkan pengukuhan pada penutup dagangan minggu lalu, mengurangkan kembali kerugian yang dicatatkan ketika reaksi pasaran terhadap terbitan data inflasi dan harga pengeluar Amerika Syarikat (AS) pada minggu tersebut.
Selain dilihat berlaku aktiviti pengambilan untung (profit-taking), pengukuhan awal US dolar itu juga telah disokong oleh data tinjauan sentimen pengguna AS yang diterbitkan pada sesi terakhir dagangan minggu lalu dengan bacaan yang meningkat mengatasi ramalan.
Namun, pelabur berwaspada menilai pergerakan US dolar pada minggu ini sementara beberapa data yang akan diberi perhatian termasuk jualan runcit AS dan minit mesyuarat FOMC.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-bakal-kukuh-158
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah memberi petunjuk terhadap perubahan trend setelah corak penurunan dipaparkan di penghujung minggu lalu.
Dengan itu, mata wang Euro dilihat akan kembali bergerak pada landasan penyusutannya sementara perkembangan krisis tenaga yang semakin berlarutan di antara Eropah dan Rusia terus dipantau pelabur.
Harga yang telah susut di bawah 1.03000 telah mencecah semula ke paras sokongan pada 1.02400 yang pada awal minggu lalu sebelum itu menjadi paras rintangan buat harga.
Harga yang bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD turut memberi isyarat perubahan trend bearish.
Sekiranya harga menyambung penurunan di bawah paras 1.02400, paras tumpuan seterusnya harga dilihat berada pada 1.01600 atau 1.01000 untuk diuji.
Penurunan harga yang diteruskan melepasi zon tersebut bakal mensasarkan kembali pada zon support 1.0000.
Sebaliknya jika membuat kenaikan pula di awal minggu ini, melepasi rintangan pada 1.03000 bakal menguji semula paras ketinggian dicapai pada minggu lalu sekitar 1.03600.
Seterusnya, zon rintangan pada 1.04000 pula dijangka untuk dicapai harga bagi mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG