Pergerakan harga bagi mata wang US dolar dilihat agak bercampur menjelang mesyuarat FOMC yang bakal menjadi tumpuan pada awal pagi Khamis nanti, namun penganalisis masih melihat kecenderungan raja mata wang tersebut ke arah pengukuhan.
Sentimen pasaran yang berisiko dipengaruhi oleh beberapa faktor yang memberi tekanan mendorong pengukuhan US dolar, namun selain pelabur berwaspada menantikan keputusan mesyuarat FOMC, data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam juga turut memberi gambaran yang lemah.
US dolar dilihat masih lagi berjaya memberi tekanan terhadap beberapa mata wang utama lain dalam pasaran, namun momentum pengukuhan tersebut telah mula pudar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-bercampur
Seperti yang dipaparkan pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat masih lagi meneruskan corak penurunan harga sehingga Selasa semalam dengan paras terendah terbaru 5 minggu dicatatkan di sekitar 1.12640 pada sesi Eropah.
Namun bersambung dagangan ke sesi New York semalam, harga kembali pamerkan kenaikan semula dengan penyusutan US dolar semula sehingga ke penghujung sesi.
Pun begitu, harga dilihat masih bergerak pada trend bearish yang terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang turut diuji pada dagangan awal sesi Asia pagi ini (Rabu).
Jika corak penurunan harga masih diteruskan, harga bakal menyambung penurunan menuju zon sokongan sekitar 1.12400-1.12500 yang menjadi zon penting pada dagangan Disember lalu.
Penurunan lanjut harga bakal menguji pula zon support utama tahun 2021 iaitu pada 1.12000.
Sekiranya corak penurunan harga berjaya dipecahkan untuk memberi isyarat trend bullish semula, zon rintangan harga dilihat berada pada 1.14000 sebelum kenaikan lebih tinggi bakal menuju zon ketinggian dicapai beberapa minggu lalu sekitar 1.14800.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG