Menjadi tumpuan utama pada dagangan Khamis semalam, keputusan mesyuarat bank pusat Eropah menyaksikan kenaikan kadar faedah yang pertama kali dilaksanakan dalam tempoh lebih 1 dekad.
European Central Bank (ECB) mengejutkan pasaran dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas mengatasi ramalan awal 25 mata asas.
Susulan keputusan mesyuarat, mata wang Euro melonjak ketara memasuki dagangan di pembukaan awal sesi New York semalam.
Euro walau bagaimanapun gagal untuk mengekalkan momentum lonjakan tersebut apabila kembali menyusut semula dan pergerakan lebih mendatar dilihat menuju dagangan penghujung sesi.
Beberapa faktor lain dilihat masih terus membayangi Eropah seperti krisis tenaga melibatkan Rusia dan juga laporan peletakan jawatan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi yang dilihat menghadkan pengukuhan Euro di penghujung minggu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-ecb-naik-kadar-50-mata-asas-227
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan lonjakan sekitar 100 pips selepas keputusan mesyuarat ECB tersebut dengan kenaikan mencapai paras ketinggian pada 1.02770.
Namun gagal untuk mengekalkan momentum lonjakan tersebut, harga kembali menjunam semula ke paras sokongan 1.01600.
Walaupun terdapat peningkatan semula harga pada dagangan penghujung sesi New York, harga dilihat bergerak hambar bersambung pada sesi Asia pagi Jumaat ini.
Tumpuan selepas ini akan terarah pula kepada mesyuarat FOMC pada minggu hadapan dan US dolar bakal mengambil alih tugas untuk menggerakkan pasaran mata wang selepas ‘berehat’ sepanjang minggu ini.
Untuk jangkaan bagi kenaikan lebih tinggi harga, sasaran adalah pada rintangan 1.0300 jika Euro berjaya mengukuh semula pada penutupan dagangan minggu ini.
Kenaikan lebih tinggi untuk meneruskan pergerakan bullish awal minggu, harga bakal mensasarkan ke paras tumpuan 1.04000 pula untuk catatan ketinggian terbaru 2 minggu.
Sebaliknya jika harga menjunam lebih rendah melepasi paras sokongan 1.01600, harga bakal menguji zon RBS (resistance become support) 1.0100.
Penurunan harga yang diteruskan untuk pergerakan trend bearish bakal menyaksikan harga kembali semula ke zon support penting 1.0000.
Pelabur akan memberi tumpuan bagi terbitan data sektor pembuatan dan perkhidmatan Eropah dan AS pula hari ini yang akan mempengaruhi pergerakan harga pada sesi-sesi terakhir minggu ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG