Data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lalu telah mengejutkan pasaran apabila sekali lagi melonjak mengatasi bacaan pada terbitan April lalu, sekaligus mencatatkan bacaan inflasi tertinggi sejak Disember 1981.
Situasi tersebut telah mendorong pengukuhan ketara US dolar pada sesi New York Jumaat lalu selepas keyakinan pelabur semakin meningkat untuk melihat Federal Reserve (Fed) akan meneruskan kenaikan kadar faedah agresifnya pada mesyuarat FOMC minggu ini.
Ekoran itu juga, US dolar telah kembali mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran pada penutup dagangan minggu lalu, membenam kebanyakan mata wang utama yang lain termasuk Euro.
Euro gagal menahan asakan pengukuhan US dolar selepas reaksi negatif pasaran ketika keputusan mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis lalu yang masih lagi mengekalkan kadar faedah tidak berubah.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-34#t=0:00
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, pelabur telah menyaksikan terjunan harga semula dan perubahan trend bearish yang jelas berlaku.
Bermula pada reaksi keputusan mesyuarat ECB, harga yang gagal membuat kenaikan melepasi zon rintangan 1.08000 telah menjunam sehingga ke bawah paras 1.06000 menuju ke zon sokongan harga pada 1.05000.
Dari paras ketinggian dicapai Khamis lalu, harga telah mencatatkan sekitar 300 pips penurunan bersambung ke awal sesi Asia pembukaan pasaran minggu ini yang sedikit menurun berlegar di bawah zon 1.05000.
Pergerakan harga kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat kecenderungan harga untuk menyambung penurunan lebih rendah minggu ini.
Penurunan dijangka akan diteruskan menuju sekitar 1.04000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu sekiranya US dolar terus mengukuh.
Penurunan lebih rendah melepasi paras tersebut berkemungkinan boleh mencecah sehingga sekitar 1.03000 dan mencatatkan paras harga paling rendah sejak tahun 2003!
Sebaliknya, jika perubahan arah harga berlaku semula, kenaikan harga dilihat akan menguji dahulu paras 1.06000 sebelum kenaikan yang diteruskan akan mula memberi petunjuk untuk pergerakan bullish harga.
Kenaikan lanjut harga akan kembali menuju paras 1.07000 atau lebih tinggi ke zon rintangan tumpuan minggu lalu pada 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG