Seperti yang dijangkakan, ketegangan krisis geopolitik antara Rusia dan Ukraine kembali meningkat dan menyelubungi dagangan pada awal minggu ini.
Tindakan Rusia dilihat lebih merumitkan situasi dan menjauhkan lagi perdamaian, malah meningkatkan lagi kebarangkalian untuk tercetusnya perang.
Justeru, kebimbangan yang turut menghantui pasaran kewangan telah menyaksikan mata wang safe-haven paparkan peningkatan ekoran pelabur beralih ke arah pelaburan yang selamat dalam suasana pasaran berisiko.
US dolar kembali paparkan pengukuhan pada sesi New York semalam setelah bergerak suram pada sesi-sesi sebelumnya ketika pembukaan dagangan awal minggu ini.
Walaupun gagal menyaingi mata wang safe-haven seperti Yen dan Swiss franc, US dolar berjaya memberi tekanan terhadap mata wang pulang tinggi seperti dolar Aussie dan Kiwi, serta mata wang Eropah Pound dan Euro.
Memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menepati ramalan untuk membuat penurunan pada sesi New York bagi menyambung corak penurunan sebelum ini.
Kenaikan harga sejak awal sesi Asia semalam sekadar menguji zon SBR (support become resistance) 1.14000 sebelum susut lebih rendah daripada harga pembukaan awal minggu.
Kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk trend bearish semula.
Penurunan harga dilihat akan menuju zon 1.12700-1.12500 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu-minggu sebelum ini dan dijangka akan memberikan reaksi menarik di zon tersebut.
Penurunan lebih rendah harga seterusnya bakal menguji paras 1.12000 atau lebih rendah lagi menuju zon support pada sekitar 1.11300.
Sebaliknya jika situasi berubah dan harga membuat kenaikan semula, zon SBR 1.14000 masih lagi menjadi zon penting untuk diuji harga.
Kenaikan melepasi zon tersebut barulah akan memberi isyarat untuk perubahan trend bullish harga seterusnya menuju semula ke sasaran zon rintangan pada 1.14800.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG