Situasi pergerakan harga di penghujung minggu ini bukanlah seperti yang diharapkan oleh pelabur selepas US dolar terus menyusut walaupun Federal Reserve (Fed) tepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah.
Namun, penganalisis berpandangan bahawa US dolar akan kembali mengukuh semula dengan beberapa faktor lain yang dilihat akan menyokongnya seperti risiko krisis perang Rusia-Ukraine.
Penyusutan US dolar di penghujung minggu telah memberi kesempatan untuk kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk didagangkan meningkat.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-19
Seperti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga meneruskan dagangan sehingga ke sesi New York semalam mencatatkan paras ketinggian terbaru mengatasi minggu lalu.
Selepas penyusutan US dolar susulan reaksi terhadap mesyuarat FOMC, harga telah membuat kenaikan di atas paras 1.1000 sehingga mencapai paras ketinggian sekitar 1.11370.
Harga kemudiannya susut semula selepas menguji zon SBR (support become resistance) tersebut yang menjadi tumpuan penganalisis pasaran.
Harga sedikit menurun dan bergerak perlahan pada sesi Asia pagi Jumaat di sekitar paras 1.11000.
Sekiranya corak kenaikan harga berjaya dikekalkan pada penutup dagangan minggu ini, paras ketinggian pada 1.12000 akan menjadi sasaran untuk diuji.
Dan untuk kenaikan pada pergerakan trend bullish yang lebih jelas, harga berpotensi menuju semula sehingga ke paras ketinggian 1.13000 dan 1.14000.
Sebaliknya jika pelabur sudah menerima petunjuk untuk harga membuat penurunan semula, melepasi penurunan di bawah paras 1.1000 dan juga support Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, akan mendorong sasaran harga ke paras lebih rendah.
Zon support pada 1.08000 akan kembali menjadi tumpuan harga bagi penurunan lanjut selepas zon tersebut cuba diuji pada dagangan awal minggu lalu namun harga gagal tembusinya.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG