Kembali berubah arah menuju penghujung minggu, US dolar kembali layu semula walaupun sentimen pasaran dinilai masih berisiko.
Permintaan terhadap aset selamat masih berterusan dengan pasaran saham masih berada dalam tekanan.
Sementara perkembangan di Eropah, UK dan EU kembali berdepan dengan ketegangan Brexit melibatkan isu protokol Ireland Utara.
Duta EU menyatakan kepada UK bahawa perjanjian itu tidak terbuka untuk rundingan baru selepas UK sebelum ini inginkan perubahan dalam perjanjian berkenaan Ireland Utara tersebut.
Walaupun Euro dilihat berdepan tekanan, namun mata wang Eropah itu berjaya mengukuhkan kedudukannya pada dagangan Khamis semalam berbanding US dolar yang sedang melemah semula.
Pada carta harga pasangan EUR/USD, harga dilihat telah kembali melonjak semula di atas zon 1.05000 dan mencapai ke zon rintangan tumpuan 1.06000.
Harga juga memberi isyarat untuk menyambung trend bullish semula selepas pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada carta harga.
Zon rintangan 1.06000 akan diberi tumpuan untuk pelabur menilai reaksi harga pada zon tersebut selepas kenaikan harga sebelum ini turut menguji zon tersebut ketika terbitan laporan pekerjaan NFP dan mesyuarat FOMC lalu.
Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan, sasaran untuk kenaikan lebih tinggi harga adalah menuju ke paras 1.07000 sebelum ke zon tumpuan seterusnya pada 1.08000.
Namun jika zon 1.06000 masih gagal untuk ditembusi harga, penurunan harga boleh berlaku semula dan harga akan kembali menuju ke zon 1.05000.
Penurunan lebih rendah selanjutnya akan kembali ke paras tumpuan awal minggu sekitar 1.04000 sebelum menguji paras terendah minggu lalu sekitar 1.03500.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG