‘Tembok Besar’ Evergrande ditutup tanpa sebab.
Saham Evergrande Gruop China digantung dari dagangan pada Isnin (3 Januari).
Sehingga kini pihak Evergande masih tidak menyatakan sebab pengantungan dagangan tersebut.
Umum mengetahui Evergande merupakan syarikat pemaju hartanah dengan banyak hutang di dunia dengan jumlah hutang sebanyak US$300 bilion dan US$20 bilion bon pasaran antarabangsa dan telah merancang penstrukturan semula syarikatnya dengan menubuhkan jawatankuasa pengurusan risiko pada tahun lepas.
Pada Jumaat lepas, saham Evergrande ditutup KH$1.59 dan menyusut 89%.
Dalam pada itu, unit kereta eletrik (EV)nya, China Evergrande New Energy Vehicle Group menurun sebanyak 10% pada Isnin dengan unit pengurusan hartanah Evergrande Services jatuh 2.3%.