Evergrande Mulakan Plan Penstrukturan Dengan Menyambung Langkah Ini!

197

Penstrukturan semula ‘Tembok Besar’ Evergrande giat dijalankan.

Evergrande Group China telah menyambung semula kerja pembinaan dan berikrar akan menyiapkan 39,000 unit hartanah pada bulan Disember berbanding daripada 10,000 unit dalam masa setiap 3 bulan sebelum ini.

Menerusi kenyataan dari pengerusi kumpulan, Hui Ka Yan, beliau menegaskan Evergrande akan mengerahkan ke semua tenaga kerja dari siang sehingga malam bagi menyiapkan projek mereka supaya jualan disambung semula dan seterusnya dapat membayar hutang yang tertunggak.

Tambahnya lagi, penyambungan kerja tersebut mengharapkan 115 projek dapat disiapkan pada bulan ini yang hanya berbaki 5 hari sahaja lagi bagi memenuhi matlamat menyiapkan 39,000 unit pada bulan Disember.

Sebagai rekod, Evergrande merupakan syarikat pemaju hartanah dengan hutang terbanyak di dunia degan liabiliti melebihi US$300 bilion.

Dalam pada itu, ikrar Hui dibuat sehari selepas pegawal selia hartanah tertinggi China menyatakan bahawa kerajaan mengambil serius dalam menangani risiko yang berpunca daripada penyerahan hartanah kediaman tertunggak oleh beberapa pemaju terkemuka.

Bank pusat China juga sedang giat menjalankan aktiviti melindungi hak undang-undang pembeli rumah di China.

Ini merupakan langkah susulan yang dibuat oleh Evergrande yang sebelum ini menyatakan akan membayar gaji pekerjanya yang tertunggak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat