Plan Penstrukturan Evergrande Dimulakan Dengah Langkah Ini!

285

‘Tembok besar’ Evergrande dalam proses pemulihan dengan memastikan ‘terracotta’ nya dibayar gaji.

Evergrande Group China akan mengutamakan pembayaran gaji pekerja asing dan pembekalnya selepas pegawai selia menggesa pemaju tersebut bagi mengelak sebarang risiko pergolakan sosial.

Pihak berkuasa khususnya memberi tumpuan bagi memastikan pembayaran gaji dibuat sebelum sambutan perayaan Tahun Baru bermula 1 Febuari 2022 dimana para pekerja akan bercuti bagi kemudahan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Evergrande memiliki seramai 163,119 pekerja setakat 30 Jun dan secara tidak langsung menyokong kehidupan ramai lagi pekerja melalui vendornya.

Evergrande dan beberapa syarikat pemaju lain diarahkan membuat pembayaran gaji tersebut ekoran premium kerajaan Xi Jinping yang menegakkan kestabilan sosial walaupun ada diantara mereka bergelut dengan masalah hutang yang banyak.

Arahan tersebut membuktikan penglibatan mendalam kerajaan dalam membuat keputusan Evergrande dengan keutamaan Parti Komunis mungkin mengatasi bank, pemegang bon dan pemegang saham.

Dalam pada itu, Bank Rakyat China dan Guandong sedang berusaha untuk mengurangkan risiko berkaitan Evergrande dari memberi kesan kepada ekonomi selain turut sama melindungi pembeli rumah dan memastikan kesabilan sosial.

Buat masa ini pegawai Guangdong dan eksekutif Evergrande sedang menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi membincangkan cara pembayaran gaji.

Antara cadangan cara pembayaran adalah lebihan dana projek digunakan bagi membayar gaji pekerja asing serta pembekal dan menggunakan pangsapuri yang tidak dijual untuk menampung yuran atau memulangkan hasil jualan tanah yang belum dibangunkan untuk membayar pembekal dan pekerja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat