Guido Cannetti, seorang petarung Ultimate Fighting Championship (UFC) Argentina merupakan atlet seni mepertahankan diri pertama negara itu yang menerima 100% gajinya dalam stablecoin.
Beliau telah menerima bayaran dalam USDC stablecoin melalui rangkaian Stellar di Vibrant* setelah berjaya menentang petarung tempatan, Randay Costa di Amerika Syarikat.
* Aplikasi wallet yang dibangunkan oleh pasukan Stellar untuk warga Argentina
Hal ini berikutan kerana bayaran USDC lebih terjamin untuk masa hadapan serta selamat daripada turun naik dan penurunan nilai mata wang tempatan, ulas Cannetti.
Mengikut laporan kerajaan, inflasi Argentina dalam tempoh 12 bulan adalah 78.5% manakala harga dalam lapan bulan pertama meningkat 56.4%.
Sementara itu, bank pusat Argentina meramalkan kadar inflasi bakal mencapai 95% untuk tahun 2022 dan para penganalisis swasta menganggarkan 100%.
Melalui tinjauan Americas Market Intelligence, sebanyak 51% penduduk Argentina telah membeli kripto dan 27% adalah kerap membeli aset digital tersebut.
Faktor utama 67% pembelian responden terhadap mata wang kripto adalah disebabkan perlindungan inflasi.
Sebagai rekod, harga USDC melonjak pada Julai berikutan peletakan jawatan Martin Guzman sebagai Menteri Ekonomi.