Persaingan antara kripto exchanger FTX, Binance dan CrossTower dalam memperoleh aset pemberi pinjaman kripto Voyager Digital telah mencadangkan terma dan syarat tersendiri untuk pemerolehan tersebut.
Buktinya, FTX dan Binance mencadangkan $50 juta tunai aset Voyager walaupun jumlah dolar Binance lebih tinggi.
Pelan ini juga membolehkan pelanggan semasa Voyager menerima kepentingan sama rata aset kripto dan peralihan sepenuhnya ke platform FTX dan Binance.
Sementara itu, CrossTower mengemukakan cadangan untuk mengekalkan platform serta aplikasi Voyager sedia ada, maknanya pelanggan tidak perlu beralih kepada platform baharu sebaik sahaja perjanjian itu dimuktamadkan.
Malah, pelanggan juga turut menerima bahagian asetnya termasuklah bursa akan berkongsi hasilnya dengan pelanggan Voyager selama beberapa tahun.
Diperjelaskan, kewujudan terma dan syarat memainkan peranan penting untuk menentukan pemenang auction tersebut kerana United Kingdom Financial Conduct Authority atau FCA pernah memberi amaran kepada FTX yang membuat operasi tanpa kebenaran.
Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat pula bimbang dalam membenarkan Binance memperoleh Voyager kerana berisiko untuk keselamatan negara.
Sebagai rekod, Voyager Digital memfailkan kebankrapan Bab 11 pada bulan Julai walaupun sebelum ini Bab 11 adalah sebahagian daripada pelan penyusunan semula bagi membenarkan pelanggan mendapat akses semula akaunnya.