Lonjakan harga Gala (GALA) baru-baru ini ada kaitan dengan projek terbaharu!
GALA mencatatkan peningkatan harga sehinga 31.34%, dari paras terendah harian, $0.27 pada 14 Februari kepada $0.36 pada 15 Februari.
Kemaskini projek Gala
8 Feb 2022
Ekosistem Gala Games mengumumkan pelaburan bernilai $5 bilion pada 2023 untuk rancakkan penawaran non-fungible token (NFT) melalui pembelian hak harta intelektual dan penubuhan taman tema.
$5 bilion dipecahkan kepada beberapa sub-fokus yang melibatkan:
- $2 bilion: permainan
- $1 bilion: perfileman
- $1 bilion: pemuzikan
- $1 bilion: penubuhan taman tema
9 Feb 2022
Snoop Dog lancarkan album terbaharunya, Bacc on Death Row (BODR) di blockchain Gala Games.
Difahamkan Gala telah hasilkan loot boxes bagi tujuan promosi. Setiap satu loot box memiliki pengaksesan awal terhadap salah satu daripada 17 lagu dari album BODR.
Sebanyak 1,470 non-fungible token (NFT) akan dihasilkan dari setiap satu lagu dari album tersebut.
15 Feb 2022
Gala umumkan satu lagi festival Galaverse, dijadualkan pada 6, 7, 8 Jun 2022 bertempat di Copenhagen, Denmark.
Tiket penyertaan hanya terhad kepada 800 dan pembeliannya berlangsung pada 14 Februari.
Tidak hairanlah mengapa GALA mencatatkan lonjakan harga pada tarikh tersebut.
Walaupun begitu, ketika penulisan, GALA sedikit susut lebih 4% dalam 24 jam, didagangkan pada $0.33.
Aset ini perlukan lonjakan hampir 60% untuk menebus paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.84 pada 26 November 2021.