Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY dilihat cenderung untuk meneruskan kenaikan lagi pada hari ini. Mengapa?
Ini adalah disebabkan laporan data inflasi UK yang diterbitkan pada sesi Eropah mencatatkan bacaan yang memberangsangkan.
Bacaan inflasi tahunan UK meningkat ke paras 6.2% lebih tinggi berbanding jangkaan 6.0%, mengatasi bacaan terdahulu pada 5.5%. Bacaan inflasi teras juga turut meningkat kepada 5.2% daripada 4.4%.
Ini terus memberi dorongan bagi pengukuhan Pound selepas bank pusat England (BOE) pada mesyuarat polisi minggu lalu mengumumkan kenaikan kadar faedah untuk kali kedua tahun ini.
Pelabur berkemungkinan akan memberi tumpuan kepada ucapan oleh Gabenor BOE, Andrew Bailey pada acara persidangan yang berlangsung hari ini.
Harga pada carta GBP/JPY terus mengekalkan corak kenaikan harga selepas BOE meningkatkan kadar minggu lalu, sementara Bank of Japan (BOJ) pula mengekalkan dasar monetari yang longgar yang membuatkan Yen bergerak susut.
Harga sejak minggu lalu kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, memberi isyarat pergerakan masih dalam trend bullish.
Kenaikan harga yang bersambung pada minggu ini telah menyaksikan lonjakan semalam melepasi zon rintangan 157.00 dan mencapai paras ketinggian sekitar 160.00 pada sesi New York.
Kenaikan diteruskan pada sesi Asia pagi ini (Rabu) ke sekitar 161.00 dengan jangkaan bakal menguji paras ketinggian seterusnya pada 162.00.
Ini adalah paras tertinggi terbaru yang dicapai harga sejak Mei 2016.
Sekiranya berlaku penurunan harga semula, paras 157.00 yang merupakan zon rintangan sebelum ini bakal menjadi tumpuan dan berpotensi menjadi zon sokongan buat harga pula.
Penurunan lebih rendah yang memberi isyarat perubahan trend bearish, seterusnya akan menuju pula ke zon RBS (resistance become support) sekitar 156.400.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG