Carta GBP/USD pada minggu lalu menyajikan pergerakan tak menentu membuatkan pelabur tak senang duduk sehingga pasaran melabuhkan tirainya.
Menyingkap kesan pergerakan harga, mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada Khamis lalu gagal menyokong pengukuhan Pound walaupun kenaikan kadar faedah telah dilaksanakan.
Malah, Pound alami penyusutan ketara setelah turut ditambah tekanan pengukuhan US dolar yang disokong oleh isyarat untuk pengetatan dasar diteruskan oleh Federal Reserve (Fed).
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-pasaran-matawang-gila-7#t=0:00
Harga pada Khamis menjunam hingga 260 pips menceca paras terendah 2 minggu sekitar 1.11500.
Namun, pada Jumaat lonjakan semula berlaku apabila terbitan laporan data pekerjaan NFP untuk bulan Oktober yang agak mengecewakan dengan kadar pengangguran meningkat lebih tinggi mengatasi ramalan.
US dolar yang kembali menyusut telah mendorong lonjakan sekitar 230 pips mencapai semula ketinggian pada 1.13800 pada penutup dagangan minggu lalu.
Pelabur menilai isyarat awal untuk perubahan trend bullish selepas lonjakan harga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.
Harga yang dibuka sedikit rendah pada permulaan sesi Asia pagi ini di sekitar 1.13000 dilihat berlegar perlahan di sekitar tersebut.
Sekiranya lonjakan harga masih diteruskan di awal minggu ini, kenaikan harga dilihat akan menuju zon 1.14500-1.15000 untuk menguji rintangan penting tersebut.
Selepas berjaya melepasi zon itu, meneruskan pergerakan trend bullish selanjutnya dilihat akan menuju pula ke zon rintangan 1.16000 yang merupakan paras pembukaan harga di awal minggu lalu.
Namun, jika lonjakan pada penutup minggu lalu hanya bersifat sementara dan harga kembali menyambung semula corak bearish sebelum ini, penurunan harga dilihat akan menguji beberapa paras tumpuan seperti 1.13000 dan 1.12000.
Seterusnya, penurunan akan diteruskan untuk menuju sasaran 1.11000 yang merupakan zon support penting untuk dilepasi sebelum harga catatkan paras terendah terbaru 4 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG