Pelabur menilai petunjuk untuk perubahan trend bullish semula pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD selepas US dolar memberi reaksi suram susulan keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi.
Federal Reserve (Fed) telah meningkatkan kadar faedah seperti yang telah dijangkakan, namun US dolar gagal untuk mengukuh sebaliknya bergerak lemah sehingga ke penghujung sesi New York.
Ini semakin membuka ruang untuk Pound terus melonjak sementara pelabur menantikan pula keputusan mesyuarat polisi bank pusat England pada hari ini, jam 8 malam waktu tempatan.
Bank of England (BOE) turut dijangkakan untuk mengikuti jejak langkah Fed untuk meningkatkan kadar faedah setelah melakukanya pada mesyuarat sebelum ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-18
Harga pada carta GBP/USD telah menunjukkan kenaikan dari paras terendah di awal minggu iaitu pada support 1.3000 dan telah pun melepasi paras 1.31000 semalam.
Pelabur juga menilai pergerakan harga kekal berada dalam trend bullish yang disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Kenaikan harga yang diteruskan bersambung pada sesi Asia pagi ini (Khamis) dilihat menuju ke zon 1.32000 yang menjadi rintangan diuji pada minggu lalu.
Jika harga berjaya mengatasi ketinggian minggu lalu, kenaikan seterusnya dilihat akan menuju zon SBR (support become resistance) 1.33000 untuk pergerakan trend bullish yang lebih jelas.
Sebaliknya jika zon 1.32000 kekal menjadi rintangan buat harga minggu ini, pelabur menantikan pengukuhan semula US dolar untuk jangkaan penurunan harga kembali.
Penurunan di bawah paras 1.31000 akan mensasarkan semula ke zon support 1.33000 yang menjadi titik kenaikan harga pada pembukaan pasaran awal minggu ini.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG