Berbeza berbanding Euro, mata wang Pound pada dagangan pembukaan awal minggu semalam telah menunjukkan penyusutan lebih rendah berbanding US dolar yang mengukuh.
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat menyambung penurunan pada trend bearish untuk mencatatkan paras terendah terbaru lagi 16 bulan.
Menepati ramalan penganalisis, harga telah susut lebih rendah melepasi paras sokongan minggu lalu pada 1.32000 dan mencecah ke paras support 1.31000.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-21#t=0:00
Pound gagal untuk membendung kemaraan US dolar yang mendapat kelebihan dalam situasi pasaran yang kekal berisiko di awal minggu ini di samping mengekalkan momentum pengukuhan selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang kukuh diterbitkan Jumaat lalu.
Dengan situasi ni, pelabur akan menjangkakan penurunan lanjut harga melepasi support semasa pada 1.31000 sementara harga bergerak perlahan di sekitar tersebut pada sesi Asia pagi ini (Selasa).
Penurunan lebih rendah harga dijangka akan menguji paras sekitar 1.30600 sebelum menuju ke paras tumpuan seterusnya pada 1.30000.
Penurunan yang diteruskan akan terus mencatatkan paras terendah terbaru harga sejak November 2020.
Walaupun begitu, pelabur tetap perlu berwaspada untuk sebarang kemungkinan yang boleh melonjakkan semula harga.
Kenaikan harga dilihat akan menguji zon 1.32000 sebelum kenaikan yang diteruskan pula bakal ke zon SBR (support become resistance) 1.33000.
Data inflasi AS dan bacaan pertumbuhan ekonomi UK akan dipantau pelabur pada minggu ini untuk menilai pergerakan bagi kedua-dua mata wang US dolar dan Pound.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG