Mata wang Britain Pound dilihat cemerlang memanfaatkan situasi penyusutan US dolar di awal minggu untuk melonjak ke paras ketinggian terbaru 5 minggu pada Isnin semalam.
Terbitan data PMI pembuatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM semalam yang sedikit menurun untuk bulan Julai, menunjukkan penurunan untuk dua bulan berturut-turut namun masih di paras yang baik.
Bacaan data yang diterbitkan tidak memberi kesan ketara terhadap pergerakan US dolar di sesi New York yang kekal suram, berkemungkinan pelabur sedang berwaspada menantikan laporan data perkerjaan (NFP) AS di penghujung minggu ini yang turut menjadi tumpuan Federal Reserve (Fed) bagi penetapan dasar monetari.
Mata wang Pound kukuh memulakan dagangan awal minggu namun pelabur perlu berhati-hati menjelang mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis ini dengan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas bakal dilaksanakan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-64
Perhatikan pergerakan harga bagi pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan awal minggu semalam (Isnin), harga dilihat berjaya bergerak melepasi paras 1.22000 pada pembukaan sesi dagangan Eropah setelah bergerak mendatar pada sesi sebelumnya.
Lonjakan harian semalam dicatatkan sekitar 140 pips hampir menyentuh paras rintangan 1.2300 sebelum harga berundur sedikit paras ketinggian tersebut pada penutup dagangan sesi New York.
Pergerakan harga masih mendatar di bawah zon 1.2300 bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa), namun masih dilihat berada dalam trend bullish dengan harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.
Untuk ramalan peningkatan yang lebih tinggi, paras halangan 1.23000 bakal terus diuji sebelum ditembusi untuk harga meneruskan lonjakan selanjutnya ke sasaran zon 1.24000 bagi mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu.
Untuk sasaran kenaikan lebih tinggi, zon ketinggian pada 1.25000 bakal diperhatikan untuk dicapai harga sekiranya trend bullish berjaya dikekalkan.
Sebaliknya, jika harga gagal untuk menembusi paras halangan 1.23000 dan memaparkan penurunan semula, pelabur akan menilai isyarat bagi perubahan trend bearish selepas harga mula susut di bawah paras MA50 setelah menguji paras sokongan pada 1.22000.
Harga yang meneruskan penurunan melepasi paras 1.22000 tersebut dilihat akan kembali mencecah paras 1.21000 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.
Lihat pada gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG